Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.

 MPP punya usaha, GMM dapat nama.

 

 

 

Ada dua isu kebajikan mahasiswa yang diperjuangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM), yang mana usaha-usaha MPPUPM tersebut, telah diambil kesempatan oleh Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) untuk mengukir nama mereka di hati mahasiswa.

 

 

ISU PERTAMA; KES PEMBOIKOTAN KAFE DI KAMPUS UPM

(3 Mac 2006)

 

 

(Klik pada gambar untuk membesarkan imej)

 

Sila anda lihat pada poster yang dipegang oleh Tan Kar Hing. Itu adalah poster yang memaparkan usaha-usaha MPPUPM yang telah disiarkan di dada akhbar KOSMO!

 

Amat tidak malu sungguh Tan Kar Hing. Beliau sebenarnya sedang memalukan diri sendiri.

 

Tan Kar Hing, semasa hayatnya memegang jawatan dalam MPPUPM, pernah dilabel sebagai Si Pemalas.

 

Kini, beliau 'kembali' dengan usaha-usaha MPPUPM.

 

 

 

 

ISU KEDUA; KES PENUTUPAN PINTU FLAT SRI SERDANG - UPM

(7 Ogos 2006)

 

 

GMM adalah pertubuhan tidak berdaftar, yang menyanjung tinggi kebajikan mahasiswa (termasuk mahasiswa bukan Cina). Apa yang menghairankan, GMM telah berurusan dengan ahli-ahli perniagaan di kawasan Flat Sri Serdang untuk membincang dan mengumpul petition dari ahli perniagaan tersebut.

 

Tidak dinyatakan berapa banyak petition dari mahasiswa, dan dari peniaga? Sumber menyatakan bahawa 90 peratus petition datangnya dari para peniaga. Persoalannya, adakah seorang peniaga mengisi 10 borang petition?

 

Kesimpulannya, GMM tidak membela kebajikan mahasiswa, tetapi GMM membela kebajikan peniaga di kawasan Flat Sri Serdang. Maka apa yang boleh diulas di sini adalah, GMM perlu ditukar nama, kepada Gerakan Peniaga Maju (GPM) yang dianggotai oleh para peniaga (bekas ahli GMM).

 

Fakta yang sebenar adalah; Pembukaan pintu flat tersebut adalah dimenangi oleh MPPUPM. Menurut sumber, MPPUPM telah menjalankan kajian soal selidik untuk mendapatkan respon dari 1500 mahasiswa yang lalu lalang di pintu flat tersebut. Setelah mengajukan hasil kajian, dan perbincangan demi perbincangan telah diatur dengan Naib Canselor, maka akhirnya pintu flat dibuka seperti biasa.

 

Pembukaan pintu bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam. Ini adalah hasil kerja MPPUPM. Anehnya, GMM mengumumkan kemenangan mereka dengan menyatakan bahawa, pintu dibuka semula dari jam 7.00 pagi hingga 10.45 malam, SEDANGKAN notis pembukaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM adalah dari  jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam. Aneh bukan?

 

 

 

Pesanan;

Laporan yang lebih terperinci akan menyusul, sila ikuti perkembangan dari masa ke semasa.

Terima kasih kerana melayari laman JAMIS UPM.

 

  

      <<Kembali ke Halaman JAMIS UPM

 

Organisasi JAMIS UPM          Jadi Sukarelawan JAMIS UPM          Hantar Artikel kepada Editor JAMIS UPM

 

Kepada pengamal-pengamal blogspot, penulis-penulis artikel dan individu yang berminat, anda dipelawa untuk menghantarkan karya anda kepada Editor Blog JAMIS UPM. Karya anda mestilah asli. Sebarang karya yang menggunakan title seperti contoh; "Saudara Ahmad Tarmizi, Presiden Gamis" perlulah asli dan bukannya palsu. Sila hantarkan karya anda kepada; editor_jamisupm@yahoo.com.my